Previous Next

12 Mac 2024 | Kunjungan Hormat ke Sekolah Menengah Kuen Cheng, Sekolah Menengah Chong Hwa (Persendirian), & Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur

12 Mac 2024 | Kunjungan Hormat ke Sekolah Menengah Kuen Cheng, Sekolah Menengah Chong Hwa (Persendirian), & Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur
Delegasi PKSA (Timbalan Pengarah, Ts. Dr. Lee Khai Loon) dan UMPSA Advanced (Pengurus, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, Pn Illi Ainaa Bt. Mohd. Arid & Penolong Pentadbir, Cik Nur Syamim Arina Bt. Mohd Suhaimi) telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekolah Menengah Kuen Cheng, Sekolah Menengah Chong Hwa (Persendirian), & Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur pada 12 Mac 2024. Sesi perkongsian dan perbincangan mengenai peluang pembelajaran yang boleh ditawarkan di UMPSA & UMPSA Advanced kepada Pelajar Lepasan SPM telah diadakan bersama:
• Cik Kang Ruey Chyi (Rachel), Ketua Pentadbir, Kaunseling
Kerjaya, Sekolah Menengah Kuen Cheng
• Cik Lim Sook Fong (Annie), Pembantu Ketua Pentadbir, Kaunseling
Kerjaya, Sekolah Menengah Kuen Cheng
• Cik Teh Hui Yee, Jabatan Pengajian Tinggi & Hal Ehwal
Antarabangsa, Sekolah Menengah Chong Hwa (Persendirian)
• Cik Chong Mei Khe, Penolong Ketua, Jabatan Penasihat dan
Pembangunan Pengajian Lanjutan, Sekolah Menengah Tsun Jin.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas sambutan dan penerimaan terhadap kunjungan dari pihak kami.

Print   Email