Previous Next

14 Mac 2024 | Kunjungan Hormat ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

14 Mac 2024 | Kunjungan Hormat ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Delegasi PKSA yang terdiri dari Prof Madya Ts Dr Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab (Pengarah), Encik Abdul Rahman bin Safie (Timbalan Pengarah) dan Puan Nor Ilma Binti Mustafa Kamal (Eksekutif Kanan) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Sharifah Khadijah Binti Tuan Hadi @ Said Mahadi, Timbalan Pengarah (Kluster Perunding).
Sesi perbincangan mengenai pembentangan PKSA berkenaan struktur organisasi baharu PKSA, laporan prestasi pelajar Kohort 1 & 2 Ijazah Dual UMPSA dan Beijing Jiaotong University (BJTU) dan gerak kerja PKSA untuk mendapatkan penempatan pekerjaan kepada pelajar-pelajar yang bakal bergraduat.
Pihak PKSA turut membentangkan hasil positif pertemuan pihak berkepentingan UMPSA bertemu Malaysia Rail Link (MRL) dan Chinese Communication Constructions Company (CCCC) tentang peluang penempatan pelajar setelah tamat belajar.
Pihak JPA juga mendapatkan maklumbalas UMPSA berkenaan pengoperasian hal-hal berkaitan penajaan pelajar termasuklah keputusan peperiksaan dan garis masa penyaluran wang tajaan kepada pelajar.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak JPA di atas sesi dua hala dan penerimaan terhadap kunjungan dari pihak kami.

Print   Email