Previous Next

UMPSA SANTUNI TEAM FLYING FACULTY HKA GERMANY - UMPSA BAGI PROGRAM IJAZAH DUAL JERMAN

UMPSA SANTUNI TEAM FLYING FACULTY HKA GERMANY - UMPSA BAGI PROGRAM IJAZAH DUAL JERMAN
27 Februari 2024 | Ana Ikan Bakar Petai, Tg Lumpur Kuantan
Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa telah menganjurkan welcoming dinner kepada team flying faculty HKA Germany - UMPSA bagi program Ijazah dual Jerman UMPSA. Welcoming dinner telah diadakan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur Kuantan.
Pelaksanaan Flying Faculty oleh Profesor yang dijemput khas daripada HKA Germany telah bermula sejak tahun 2012 lagi untuk pelajar program ijazah dual Jerman ambilan pertama dari program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan kepujian dan Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dengan kepujian dengan kerjasama Karlsruhe University of Applied Sciences, Jerman (HKA). Bagi Tahun 2023 kelas Flying Faculty melibatkan ambilan pertama ijazah dual dari program Sarjana Muda Elektrik (Elektronik) dengan kepujian antara UMPSA bersama HKA.
Perlaksanaan kelas flying faculty ini telah termaktub di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMPSA dan HKA dengan clause "the implementation that Professors from HKA will come to UMPSA to teach the Dual Award Programme students, an engineering subjects in German language".
Kelas Flying Faculty bermula pada 10 Februari 2024 dan akan berakhir pada hujung 16 Mac 2024. Pelajar yang terlibat perlaksanaan kelas Flying Faculty adalah seramai 118 orang pelajar yang terdiri daripada 68 pelajar dari Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik (FTKPM) dan 50 pelajar dari Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA) serta 9 orang Flying Professors dari HKA Jerman.
Hadir mewakili UMPSA meraikan welcoming dinner adalah Lt Kol Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof Madya Ir Ts Dr Faiz Mohd Turan, Dekan FTKPM, Prof Madya Ts Dr Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah PKSA, En Zainal Bahari, Pengarah Pusat Pemasaran & Kemasukan Akademik (PPKA), team PKSA, team FTKPM dan FTKMA.
Team flying professors Germany yang hadir Prof. D.r Gerhard Knauer, Prof. Dr.-Ing. Oto Ernst Bernhardi, Prof. D.r - Ing. Robert Weis Prof. D.r Frieder Keler, Prof. Dr. Ahmadi, Prof. Dr. Stefan Tritler, Prof. Dr. Bernd Langer, Prof. Dr. -Ing. Maurice Ketner Prof. Helmut Eligius Scherf

Print   Email