41 Pelajar UMPSA terima Hadiah Kecemerlangan Duta Besar China
Hits: 323
41 Pelajar UMPSA terima Hadiah Kecemerlangan Duta Besar China
1 November 2023 | UMPSA Gambang
Seramai 41 pelajar Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hasil kerjasama Beijing Jiatong University (BJTU) dan Tianjin University (TJU) menerima sumbangan hadiah kecemerlangan Duta Besar China hari ini.
Mereka yang terpilih merupakan pelajar program ijazah dual UMPSA dengan BJTU, TJU, Pelajar Asasi UMPSA dan pelajar yang mengikuti program mobiliti di China.
Hadir dalam program Kaunselor Pendidikan Kedutaan China di Malaysia, Zhao Changtao dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin. Hadir sama Attaché Kedutaan China di Malaysia, Ms. Zhang Tian, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Kamal Zuhairi Zamli dan Bendahari UMPSA, Dato Zainuddin Othman.
Menurut Zhao Changtao, pihaknya menghargai komitmen UMPSA dalam menjayakan program kerjasama ini dan sebagai penghargaan pihaknya memberikan sumbangan buat pelajar program ini.
“UMPSA merupakan sebuah universiti teknikal yang terkenal di Malaysia dan ramai jurutera dan serta bakat teknikal telah dilahirkan di sini.
“UMPSA juga telah menjalinkan kolaborasi dan kerjasama dengan banyak universiti ternama di China,” katanya dalam program Chinese Ambassador Scholarship Award Ceremony anjuran Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA) dan Confucius Institute dengan kerjasama pihak Kedutaan China di Malaysia.
Sementara itu, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie berkata, program ijazah dual ini akan membuka lembaran sejarah di antara UMPSA dengan BJTU dan terbaharu dengan TJU bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik dalam meningkatkan kemahiran teknikal serta membuka peluang yang lebih meluas terhadap pembangunan akademik universiti.
Dalam pada itu, pihaknya menghargai sumbangan hadiah kecemerlangan Duta Besar China sebanyak RM65,000.00 kepada 41 pelajar UMPSA yang cemerlang akademik termasuk pelajar program Ijazah dual UMPSA-BJTU dan TJU, pelajar Asasi yang cemerlang dalam SPM dan pelajar yang mencapai CGPA 3.5 dan menyertai program mobiliti di China pada tahun ini.
Selain itu juga, UMPSA telah menjalinkan kerjasama bersama tiga institusi TVET di China, iaitu Hebei Petroleum University of Technology, Hebei Software Institute dan Shijiazhuang Institute of Railway Technology.
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang