Previous Next

SESI TEMUDUGA BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) PROGRAM KERJASAMA IJAZAH DUAL UMPSA – BJTU KOHORT 5

21 MAC 2025 I ZENITH HOTEL, KUANTAN
SESI TEMUDUGA BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) PROGRAM KERJASAMA IJAZAH DUAL UMPSA – BJTU KOHORT 5
Program Sesi Temuduga Bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Student Assessment Centre (SAC) bagi Program Kerjasama Ijazah Dual UMPSA – BJTU Kohort 5 telah berlangsung dengan jayanya di Zenith Hotel, Kuantan, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi temuduga biasiswa ini dikendalikan oleh panel penilai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketuai oleh Puan Idayuwati binti Abdullah @ Ab Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Modal Insan JPA. Program ini bertujuan untuk menilai kelayakan serta kebolehan pelajar dalam aspek akademik, kemahiran insaniah, khususnya dalam bidang berkaitan teknologi rel.
Seramai 37 pelajar telah menghadiri sesi temuduga ini. Program ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam memastikan graduan program Ijazah Dual UMPSA – BJTU bersedia menghadapi cabaran industri serta memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Selain itu, sesi ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak JPA bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai prospek kerjaya serta peluang penempatan pekerjaan yang sesuai dengan kepakaran mereka.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam meningkatkan daya saing mereka serta membuka lebih banyak peluang dalam sektor pekerjaan khususnya dalam bidang berkaitan kejuruteraan dan teknologi rel.

Print   Email