Previous Next

21 Julai 2023, Delegasi UMP memulakan lawatan kerjasama akademik di China dengan mengadakan mesyuarat bersama dengan pengurusan tertinggi Beijing Jiatong University (BJTU)

21 Julai 2023, Ahad l Beijing, China
Delegasi UMP memulakan lawatan kerjasama akademik di China dengan mengadakan mesyuarat bersama dengan pengurusan tertinggi Beijing Jiatong University (BJTU), merupakan salah sebuah universiti awam
terbaik
 
di dalam pengangkutan rel. Naib Presiden BJTU, Prof. Yan Xuedong meluangkan masa berbincang dengan ketua delegasi UMP iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Ir. Ts. Dr. Ahamd Ziad Sulaiman bagi mengukuhkan lagi jalinan kerjasama strategik yang telah dan bakal di laksanakan oleh kedua-dua institusi ini. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan potensi kerjasama dengan dihadiri oleh Prof. Liu Yanqing (Dekan Kolej Pendidikan Antarabangsa), Prof. Liu Xiaofang (Timbalan Dekan Kolej Pendidikan Antarabangsa) dan Timbalan Pengarah Pejabat Antarabangsa, Puan Bi Fei. Turut hadir di dalam perbincangan adalah Pengarah PKSA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Puan Yong Ying Mei (Pengarah Institut Confucius UMP) serta Prof. Madya Dr. Wang Haiyan selaku Pengarah(China), Institut Confucius UMP.
Satu majlis pemeterian perlanjutan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kitaran kedua (2023 – 2028) telah disempurnakan oleh Naib Presiden BJTU bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMP dengan disaksikan oleh ahli pengurusan kedua-dua institusi ini.
Antara cadangan kolaborasi baharu yang boleh dilaksanakan melibatkan pertukaran profesor, pusat TVET aras tinggi terutama di dalam teknologi rel dan kerjasama akademik dalam bentuk persijilan terbuka di dalam bidang rel yang akan menjadi nilai tambah kepada kebolehpasaran pelajar serta gaji premium kepada graduan UMP kelak.
Delegasi UMP juga turut beramah mesra bersama dengan kumpulan pertama ijazah dual UMP-BJTU seramai 45 orang pelajar. Pelajar cepat menyesuaikan diri, fasih berbahasa mandarin dan telah selesai menduduki peperiksaan akhir semester di sini. Semoga kumpulan pertama ini beroleh kejayaan cemerlang dan kembali menabur bakti di dalam pembangunan rel di tanah air nanti.

Print   Email