Previous Next

Karnival Perasmian Jom Masuk U 2024 Zon Tengah I di UiTM Seri Iskandar

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐„๐‡, ๐„๐’๐Ž๐Š ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐‡ ๐๐Ž๐‡!
Karnival Perasmian Jom Masuk U 2024 Zon Tengah I di UiTM Seri Iskandar telah selesai berlangsung bagi hari pertama hari ini. Ramai pengunjung hadir memeriahkan karnival ini dari kalangan pelajar sekolah, ibu bapa dan orang awam.
YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir sempat mengunjungi booth pameran UMPSA sambil diiringi oleh Naib Canselor UMPSA, YH. Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UMPSA, Lt. Kol. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.
UMPSA menawarkan pelbagai program Sarjana Muda Kejuruteraan, Kejuruteraan Teknologi, Teknologi (BTech) yang bersesuaian dan khusus untuk pelajar lepasan Diploma TVET dan program-program lain turut dipamerkan kepada para pengunjung yang hadir ke karnival ini. Pelajar juga berpeluang mengikuti pengajiian Ijazah dual basil kerjasama dengan universiti luar negara.
Apa yang menariknya, keberadaan Yayasan UMPSA bersama dengan cabutan hadiah mereka berjaya menarik perhatian pengunjung lain untuk bersama-sama menyertainya. Hadiah utama merupakan sebuah komputer riba dan tablet, sudah pasti menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang hadir sekaligus membawa imej UMPSA lebih dikenali.
Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk hadir, jom sama-sama hadir pada hari esok.
Esok merupakan hari terakhir Karnival Jom Masuk U 2024 Zon Tengah I di UiTM Seri Iskandar.
๐‰๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š ๐š๐ง๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ž๐ฌ๐จ๐ค!

Print   Email