Karnival Perasmian Jom Masuk U 2024 Zon Tengah I di UiTM Seri Iskandar
Hits: 212
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐄𝐇, 𝐄𝐒𝐎𝐊 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐎𝐇!
YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir sempat mengunjungi booth pameran UMPSA sambil diiringi oleh Naib Canselor UMPSA, YH. Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UMPSA, Lt. Kol. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.
UMPSA menawarkan pelbagai program Sarjana Muda Kejuruteraan, Kejuruteraan Teknologi, Teknologi (BTech) yang bersesuaian dan khusus untuk pelajar lepasan Diploma TVET dan program-program lain turut dipamerkan kepada para pengunjung yang hadir ke karnival ini. Pelajar juga berpeluang mengikuti pengajiian Ijazah dual basil kerjasama dengan universiti luar negara.
Apa yang menariknya, keberadaan Yayasan UMPSA bersama dengan cabutan hadiah mereka berjaya menarik perhatian pengunjung lain untuk bersama-sama menyertainya. Hadiah utama merupakan sebuah komputer riba dan tablet, sudah pasti menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang hadir sekaligus membawa imej UMPSA lebih dikenali.
Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk hadir, jom sama-sama hadir pada hari esok.
Esok merupakan hari terakhir Karnival Jom Masuk U 2024 Zon Tengah I di UiTM Seri Iskandar.
𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐞𝐬𝐨𝐤!
Latest News
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang