KDYMM SPB YDP Agong kurnia Watikah Pemasyhuran Pro-Canselor dan UMPSA
Hits: 322
[πππ£π₯π’π¬ ππ¨π§π―π¨π€ππ¬π²ππ§ π€π-ππ πππππ]
KDYMM SPB YDP Agong kurnia Watikah Pemasyhuran Pro-Canselor dan UMPSA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaβin Billah, Tuanku Canselor UMPSA berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Pemasyhuran UMPSA dan pengurniaan watikah pemasyhuran Pro-Canselor UMPSA kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-18 pada hari ini.
Baginda menzahirkan rasa sukacita atas pemasyhuran UMPSA dan bertitah agar pemasyhuran ini diharap akan membawa dimensi baharu kepada UMPSA setelah menempuh 21 tahun bermula dari penubuhannya.
βUMPSA perlulah meningkatkan kolaborasi strategik dengan pelbagai rakan industri termasuk universiti lain dalam dan luar negara bagi memartabatkan universiti ini untuk terus unggul,β titah baginda.
Baginda turut mengharapkan supaya UMPSA terus bersemangat dalam membentuk aspirasi kecemerlangan di dalam semua bidang pada masa hadapan menerusi penjenamaan ini.
Hadir sama dalam majlis Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Datoβ Sri (Dr.) Abi Musa Asaβari Mohamed Nor dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Datoβ Ts. Dr. Yuserrie Zainudin.
Bersempena Majlis Konvokesyen Kali ke-18 UMPSA ini turut menyaksikan seramai 4854 penerima graduan bagi tahun 2023 yang terdiri daripada graduan doktor falsafah (70) dan sarjana (161), graduan sarjana muda (2181), Ijazah Dual (34) dan diploma (961) serta graduan program pembelajaran sepanjang hayat UMP Advanced (1447) yang menerima ijazah dan diploma masing-masing bermula hari ini sehingga 24 Oktober 2023 ini.
Latest News
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang