Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN BIASISWA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN BIASISWA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
7 MAC 2024 | Putrajaya
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Lt. Kol. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman telah membuat kunjungan hormat ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Kunjungan delegasi ini telah disambut mesra oleh YBrs. Puan Marhanum M. Haniff, Setiausaha Bahagian, Bahagian Biasiswa KPT. Beliau juga mempengerusikan perjumpaan tersebut dan turut membentangkan fungsi bahagian dan bentuk-bentuk biasiswa diuruskan KPT secara mendalam terutama berkaitan Malaysia International Scholarship, Hadiah Latihan Persekutuan, Dermasiswa TVET, MyBrain, Post-doctoral, Sub-Kepakaran, SLAB, SLAI & Pertauliahan Profesional.
Turut hadir bersama Ketua-ketua Penolong Setiausaha dan Penolong-Penolong Setiausaha Bahagian Biasiswa KPT. Delegasi UMPSA pula terdiri daripada Dekan Institut Pengajian Siswazah, Prof. Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal Che Ku Yahya, Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Pusat Pemasaran & Kemasukan Akademik, En. Zainal Bahari dan Pengurus Besar Pusat Kerjasama Strategik Akademik, En. Abd Rahman Bin Hj Safie.
Pertemuan ini telah diselaraskan oleh PPKA dengan kerjasama PKSA, IPS & Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UMPSA

Print   Email