Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (MAIWP)

7 & 8 Jun 2024 l Labuan, Sabah
KUNJUNGAN HORMAT KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (MAIWP)
Bersempena dengan Karnival Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan pada 8-9 Jun 2024 bertempat di Kompleks Ujana Kewangan, Labuan, satu sesi kunjungan hormat ke MAIWP Labuan telah diaturkan bagi membincangkan peluang untuk anak-anak Labuan cemerlang menyambung pengajian di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) khususnya dalam program Ijazah Dual di German, China dan Khazakhtan.
Delegasi diketuai oleh Encik Zainal bin Hj Bahari, Pengarah Pusat Pemasaran & Kemasukan Akademik (PPKA) bersama Encik Abdul Rahman bin Hj Safie, Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA) telah disambut oleh Encik Mohamad Ruzaimi bin Ibrahim, Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Syukur bin Norfini, Pegawai Hal Ehwal Islam MAIWP Labuan dan beberapa staf yang lain. Turut dibincangkan peluang-peluang serta bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak MAIWP Labuan kepada pelajar-pelajar yang berasal dari Labuan untuk menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya ke UMPSA. Antara bantuan yang disediakan termasuklah Bantuan Awal Pendidikan, Tambang / Tiket Penerbangan, Bantuan Yuran serta Biasiswa kepada pelajar yang mencatat keputusan cemerlang sehingga RM5,000/tahun. MAIWP amat berminat dengan potensi besar yang ada kerana UMPSA menawarkan program Ijazah Dual yang mampu memberikan manfaat besar kepada pelajar cemerlang Labuan. Mereka juga telah meminta pihak Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA) mengemukakan proposal lengkap cadangan kerjasama antara UMPSA dan pihak MAIWP Labuan untuk dibawa ke pengetahuan ibu pejabat MAIWP di Kuala Lumpur.
Sementara itu, PKSA juga turut sama terlibat dengan pihak PPKA di Karnival Pendidikan MAIWP Labuan pada 8-9 Jun 2024 di Ruang Legar Tingkat 2, Kompleks Ujana Kewangan, Labuan. Penyertaan pameran ini buat julung kalinya UMPSA terlibat dengan pameran Pendidikan anjuran pihak MAIWP Labuan. Pengunjung yang hadir terutama ibu bapa dan pelajar sekolah teruja dengan program Ijazah Dual yang ditawarkan oleh UMPSA

Print   Email