Kunjungan Hormat UMPSA Bertemu YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
Hits: 162
Kunjungan Hormat UMPSA Bertemu YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
27 September 2023 | Kota Kinabalu
Delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai Naib Canselor, Prof Dato Ts. Dr Yuserrie Zainuddin yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan UMP bertemu YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor bertempat di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Kota Kinabalu hari ini. Hadir sama Setiausaha Perhubungan Awam, Tuan Hj Effendi Mohamed Sunoh.
Menurut Prof Dato Ts. Dr Yuserrie, pertemuan ini memberi peluang kedua-dua pihak membincangkan mengenai usaha meningkatkan pendidikan anak-anak dan keluarga miskin tegar di Sabah juga pendidikan TVET.
“Lain-lain adalah cadangan mewujudkan satellite dan kampus cawangan di Sabah, program akademik ijazah dual serta program khidmat masyarakat (CSR) di negeri Sabah,” katanya.
Begitu juga terhadap agenda kelestarian , Tenaga Yang Boleh Diperbaharui dan Keterjaminan makanan serta kepakaran UMPSA dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang boleh dimanfaatkan buat masyarakat.
Turut dibincangkan cadangan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam meningkatkan mutu graduan cemerlang dengan mewujudkan Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak Sabah kepada pelajar Sabah yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
Turut sama hadir ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMP, Farrah Ain Madzlan, Ahli Lembaga Pengarah UMPSA, Madyasir Ahmad Basir dan Ketua Eksekutif Yayasan UMP, Mohd Jamil Mohd Ja’afar.
Pada masa ini UMPSA mempunyai seramai 654 pelajar daripada Borneo termasuk 381 daripadanya pelajar daripada Sabah.
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang