KUNJUNGAN HORMAT UMPSA KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, YAYASAN SABAH DI KOTA KINABALU
Hits: 149
KUNJUNGAN HORMAT UMPSA KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, YAYASAN SABAH DI KOTA KINABALU
25 Januari 2024 | Yayasan Sabah, Sabah
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah bagi membentangkan dan membincangkan perkembangan kerjasama di antara pihak UMPSA dengan Yayasan Sabah yang melibatkan penajaan pelajar-pelajar di bawah program Ijazah Dual di UMPSA serta membentangkan cadangan permohonan bagi penajaan baharu untuk program Ijazah Dual di bawah Fakulti Komputeran, UMPSA dengan Hanyang Erica University, Korea Selatan. Kunjungan hormat ini adalah agenda penting yang telah dirancangkan sebelum ini bersempena Bengkel bagi Cadangan Penawaran Program Sarjana Muda Teknologi secara kerjasama di antara UMPSA dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah diselaraskan oleh JHEAA dan Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA) pada 22 - 23 Januari 2024 lalu.
Delegasi UMPSA ini telah diketuai oleh Penolong Naib Canselor (Pengembangan Akademik), Profesor Dr. Kamal bin Yusoh dan telah disambut oleh Pengarah, Unit Tajaan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah, YBrs Tn. Hj. Asman bin Dulamid bersama-sama beberapa orang timbalan pengarah dan pegawai-pegawai di bawah Yayasan Sabah. Pihak Yayasan Sabah telah diberikan penerangan berkaitan perkembangan terkini program-program kerjasama strategik berkaitan dengan akademik dengan beberapa buah universiti di luar negara dan pencapaian pelajar-pelajar Ijazah Dual yang telah ditaja oleh pihak Yayasan Sabah di UMPSA. Selain itu, perjumpaan ini juga turut membincangkan isu-isu, permasalahan, cabaran dan strategi-strategi dalam menambahbaik kemasukan calon-calon pelajar yang berpotensi dan cemerlang ke program Ijazah Dual di UMPSA.
Menurut Profesor Ts. Dr. Kamal bin Yusoh, perjumpaan dengan pihak Yayasan Sabah ini adalah penting bagi melaporkan secara berkala perkembangan pelajar-pelajar dibawah tajaan Yayasan Sabah ini terutamanya kepada pelajar yang sedang mengikuti program pengajian Ijazah Dual dengan universiti di Jerman dan China. Ianya membantu pihak Yayasan Sabah dalam mengetahui status pencapaian akademik pelajar yang berada dibawah tajaannya dan isu-isu yang dihadapi oleh pelajar yang boleh ditambahbaik bagi menjaga kebajikan pelajar berkenaan semasa pengajian mereka di UMPSA. Pada masa sekarang, seramai 23 orang pelajar tajaan Sabah sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai program Ijazah dual di UMPSA.
Kunjungan hormat ini juga turut dihadiri oleh Dekan, Fakulti Komputeran, Prof. Madya Dr. Adzhar bin Kamaludin, Pengarah di Pusat Kerjasama Strategik Akademik Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah, Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik, En. Zainal bin Bahari, Pengarah, Pusat TVET Termaju, Prof. Madya Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani dan Yang Menjalankan Tugas Pengurus di JHEAA, En. Azrizulazmi bin Bustan.
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang