Previous Next

KUNJUNGAN KOLEJ TEKNOLOGI YAYASAN SABAH (KTYS) KE UMPSA

KUNJUNGAN KOLEJ TEKNOLOGI YAYASAN SABAH (KTYS) KE UMPSA
7 Februari 2024 |UMPSA Pekan.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan delegasi daripada Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang di ketuai oleh YBhg Datuk Hajjah Tah Nia Haji Jaman, Pengerusi Lembaga Pengarah KKYS Sdn Bhd.
Kunjungan ini merupakan kunjungan balas KTYS ke atas UMPSA yang telah ke Kota Kinabalu, Sabah pada 25hb Januari 2024.
Ketibaan delegasi ini di sambut oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts Dr Yuserrie bin Zainuddin.
Turut dihadiri oleh kesemua Timbalan Naib Canselor UMPSA iaitu Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Ts. Dr Kamal Zuhairi bin Zamli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dato Zainudin bin Othman, Bendahari UMPSA serta dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah pusat.
Kunjungan ini merupakan sesi perbincangan mengenai peluang kerjasama antara KTYS dan UMPSA terutamanya dalam meningkatkan pengambilan pelajar diperingkat Ijazah Dual.
Pihak KTYS juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan lebih lagi dengan membuka peluang untuk menaja pelajar Asasi KTYS ke peringkat Ijazah Dual UMPSA-China selain Ijazah Dual UMPSA-German. Pihak KTYS juga turut menyatakan hasrat untuk menawarkan Diploma Teknologi Kimpalan dan memohon agar UMPSA dapat membantu KTYS dalam membangunkan program tersebut.
Deligasi KTYS kemudiannya telah dibawa menaiki bas elektrik UMPSA untuk mengelilingi kawasan kampus UMPSA dan turut dibawa melawat ke tapak Solar Terapung dan Teaching Factory sebelum dibawa ke Fakulti Komputeran.

Print   Email