Previous Next

Lawatan dan Perbincangan Penanda Aras UIA ke UMPSA Bagi Program Ijazah Dual

21 Mei 2024 | UMPSA, Kampus Pekan
Lawatan dan Perbincangan Penanda Aras UIA ke UMPSA Bagi Program Ijazah Dual
Rombongan UIA diketuai oleh Prof Madya Dr. Raihan Othman, Lean Development & Sustainability Office. Turut hadir rombongan dari UIA Dr Tengku Nordayana Akma, Dr Mohd Azan bin Mohammed Sapardi, Dr Dwi Pebrianti, Dr Norshahida Sarifuddin, dan Dr Noorasikin Samat.
Rombongan UIA disambut oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA) dan turut hadir dalam perbincangan Ts. Dr. Lee Khai Loon, Timbalan Pengarah PKSA, Prof Madya Dr Mohd Anwar bin Zawawi, Timbalan Dekan Akademik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Ts. Dr. Mohammed Nafis bin Osman Zahid, Timbalan Dekan Akademik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik dan Dr. Mohd Hasnun Arif bin Hassan, Timbalan Dekan Akademik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan gerak kerja bagi pelaksanaan program Ijazah Dual, kaedah akreditasi, pemetaan kursus dan lain-lain yang berkaitan.

Print   Email