Previous Next

LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) BERSAMA PERMENANT SECRETARY MINISTRY OF EDUCATION INNOVATION & TALENT DEVELOPMENT (MEITD) DAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAN NEGERI SARAWAK (SPANS)

28 MEI 2024 | COFFEE HOUSE SHERATON HOTEL KUCHING SARAWAK
LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) BERSAMA PERMENANT SECRETARY MINISTRY OF EDUCATION INNOVATION & TALENT DEVELOPMENT (MEITD) DAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAN NEGERI SARAWAK (SPANS)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan pertemuan bersama YBhg Datu Haji Azmi Haji Bujang, Permenant Secretary Ministry of Education, Innovation and Talent Development (MEITD) Sarawak di Coffee House Sheraton Hotel Kuching. Turut hadir bersama wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) agensi yang menyediakan biasiswa kerajaan negeri Sarawak untuk anak-anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Awam. Antara yang hadir di dalam perbincangan ini adalah Pn Khuzaimah binti Othman, Ketua Bahagian Pendidikan Tinggi, Pn Elvy Alfisa, Pegawai Bahagian Pendidikan Tinggi, Encik Kendren anak George Penolong Setiausaha Kanan/ Ketua Bahagian Dasar, Kualiti, ICT dan Perhubungan Korporat, Puan Mardiah binti Mardan, Penolong Setiausaha/ Ketua Bahagian Dasar dan Perhubungan Awam, Encik Rafi’uddin bin Rasman, Penolong Setiausaha, Seksyen Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak. Objektif lawatan kerja UMPSA ke Sarawak adalah bagi mendapatkan dana-dana pembiayaan pengajian bagi program-program akademik yang ditawarkan di UMPSA termasuklah program akademik ijazah dual (dual degree) untuk anak-anak Sarawak dan ditaja sepenuhnya oleh agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Sarawak.
Turut hadir di pihak UMPSA ialah Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab Pengarah, Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Encik Abd Rahman bin Haji Safie, Timbalan Pengarah, Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Encik Mohd Jamil bin Mohd Ja'afar Ketua Eksekutif, Yayasan UMPSA, Encik Abd Razak bin Ja’afar
Eksekutif Kanan Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.

Print   Email