LAWATAN RASMI UMPSA KE LIUZHOU RAILWAY VOCATIONAL TECHNICAL COLLEGE (LRVTC), CHINA
Hits: 17
24 MAC 2025 l CHINA
LAWATAN RASMI UMPSA KE LIUZHOU RAILWAY VOCATIONAL TECHNICAL COLLEGE (LRVTC), CHINA
UMPSA telah mengadakan lawatan rasmi ke Liuzhou Railway Vocational College (LRVTC) bagi membincangkan pelaksanaan Latihan Industri (LI) pelajar Ijazah Dual BJTU-UMPSA. Lawatan ini melibatkan kerjasama strategik bersama Beijing Jiaotong University (BJTU) dan China Communications Construction Company (CCCC), dengan fokus kepada penilaian kemudahan latihan industri di LRVTC, termasuk makmal, penginapan pelajar, dan kafeteria. Mesyuarat empat pihak antara UMPSA (wakili oleh Prof. Madya. Ts. Dr. Lee Khai Loon, Timbalan Pengarah Pusat Kolaborasi Akademik Strategik, Ts. Dr. Mohamad Zairi Baharom, Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif ), BJTU (wakili oleh Dr. Tan Jie, Timbalan Dekan, Center of International Education, Ms. Liu Xiaofang, Timbalan Dekan, Center of International Education, Ms. Zhang Fang, Pegawai, Center of International Education), CCCC (wakili oleh Ms. June Yow, General Manager, Human Resource Department), serta LRVTC (diketuai oleh Ms. Luo Xiaofang, Naib Presiden, Mr. Chen Yusong, Timbalan Pengarah Pejabat Pertukaran Antarabangsa) berjaya menghasilkan persetujuan untuk menyediakan kertas kerja kerjasama bagi pelajar kohort kedua.
Latest News
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang