Previous Next

MESYUARAT KERJASAMA PROGRAM TVET PESISIR UMPSA-UMS

4 November 2024 l Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
MESYUARAT KERJASAMA PROGRAM TVET PESISIR UMPSA-UMS
Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan sesi pembentangan kemajuan pembangunan program kerjasama TVET Pesisir bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) terutama berkaitan model kewangan dan juga lawatan awal pihak akreditasi MBOT berkaitan program ini.
UMS diketuai oleh Prof. Dr. Shahril bin Yusof, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) disertai oleh Pengarah Jaminan Kualiti, Prof. Ir. Ts. Dr. Zainal bin Zakaria, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Ismail bin Saad, Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik, Dr. Denis Andrew D. Lajium , Timbalan Pengarah UMSFLEC dan beberapa pegawai kanan Bendahari UMS.
Manakala UMPSA diketuai oleh Lt. Kol. Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), disertai Dato’ Zainudin bin Othman, Bendahari UMPSA, Prof. Ts. Dr. Kamal bin Yusoh Penolong Naib Canselor (Pengembangan Akademik), Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik dan En. Zainal bin Bahari Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik.
Dua program TVET Pesisir yang dirancang akan di laksanakan di sini melibatkan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujiaan dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan Kepujiaan.
Adalah diharapkan kerjasama bersama UMS ini dapat memberikan akses Pendidikan TVET yang meluas kepada pelajar di Borneo terutama di Sabah.

Print   Email