Previous Next

MESYUARAT PELAPORAN HASIL KERJASAMA UMPSA-YAYASAN TERENGGANU 2024

27 FEBRUARI 2025 l KUALA TERENGGANU
MESYUARAT PELAPORAN HASIL KERJASAMA UMPSA-YAYASAN TERENGGANU 2024
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Yayasan Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Pelaporan Hasil Kerjasama 2024 di Yayasan Terengganu. Mesyuarat yang dimulakan pada jam 10:00 pagi ini dihadiri oleh wakil UMPSA termasuk Puan Yong Ying Mei (Pengarah, Confucius Institute Malaysia), Profesor Dr. Li Lijun (Pengarah, Confucius Institute China), Prof. Madya Dr. Mohd Sham bin Mohamad (Dekan, Pusat Sains dan Matematik), Prof. Madya Ts. Dr. Lee Khai Loon (Timbalan Pengarah, Pusat Kerjasama Strategik Akademik), dan Encik Rosilavi bin Mat Jusoh (Pengurus Kanan, Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa).
Dari pihak Yayasan Terengganu, mesyuarat ini diwakili oleh Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof (Timbalan Pengarah Pendidikan), Encik Mohd Nazri bin Muda (Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz), pengetua sekolah, serta guru-guru Bahasa Mandarin dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT). Beberapa pembentangan utama termasuk laporan aktiviti Confucius Institute dan pencapaian pelajar Bahasa Mandarin di SMIYT, diikuti dengan pencapaian pelajar Asasi UMPSA yang menerima penajaan Yayasan Terengganu.
Selain itu, Prof. Madya Ts. Dr. Lee Khai Loon mempromosikan Program Dual Degree kepada pihak Yayasan Terengganu sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan peluang pendidikan kepada pelajar Terengganu. Hasil perbincangan menunjukkan bahawa pihak Yayasan Terengganu juga berminat dan ingin mempertimbangkan bagi tajaan kepada program Ijazah Dual Bachelor of Applied Science in Industrial Biotechnology with Honours dan Bachelor of Computer Science (Software Engineering) with Honours. Yayasan Terengganu menawarkan 5 kuota biasiswa kepada pelajar UMPSA tahun ini.
Selain itu, Yayasan Terengganu juga ingin memohon 4 kuota untuk menyertai lawatan delegasi pendidikan Malaysia ke China pada tahun 2025. Mesyuarat ini memperlihatkan kerjasama yang semakin kukuh antara UMPSA dan Yayasan Terengganu dalam memperluas peluang pendidikan kepada pelajar di Terengganu.