Previous Next

Pelajar Ijazah Dual UMPSA-BJTU menyambut Hari Raya Aidilfitri di Beijing

🎉 Raya di Perantauan, Kenangan Terindah!🕌✨
Pelajar Ijazah Dual UMPSA-BJTU menyambut Hari Raya Aidilfitri di Beijing dengan penuh semangat dan kemeriahan, meskipun jauh dari keluarga dan tanah air tercinta. Walaupun berada di perantauan, semangat raya tetap dirasai dengan juadah tradisional, takbir raya, dan aktiviti bersama rakan senegara yang turut meraikan hari penuh makna ini.
Sambutan ini bukan sahaja mengubat rindu kepada keluarga di Malaysia, tetapi juga mengeratkan ukhuwah dalam kalangan pelajar dan membina kenangan indah sepanjang pengajian di luar negara.
Salam Aidilfitri dari bumi China! 🌙💫