Previous Next

PERBINCANGAN PEMETAAN PROGRAM KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) KUANTAN DENGAN PROGRAM IJAZAH UMPSA

14 Ogos 2024 - KKTM, Kuantan
PERBINCANGAN PEMETAAN PROGRAM KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) KUANTAN DENGAN PROGRAM IJAZAH UMPSA
 
Telah berlangsung satu sesi artikulasi di Bilik Mesyuarat Cambridge, KKTM Kuantan, yang melibatkan kerjasama antara UMPSA dan KKTM Kuantan. Delegasi UMPSA diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Kamal bin Yusoh, Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik, turut bersama ialah Encik Zainal bin Bahari, Pengarah, Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik, Ts. Dr. Lee Khai Loon, Timbalan Pengarah, Pusat Kerjasama Strategik Akademik, turut serta dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik ialah Ts. Dr. Muhammed Nafis bin Osman Zahid, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Dr. Musfirah binti Abdul Hadi, Ketua Program Teknologi Pembuatan (BTM), Ts. Dr. Radhiyah binti Abd Aziz, Ketua Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri), Dr. Ismail bin Mohd Khairuddin, Ketua Program Kejuruteraan Mekatronik (BFM) dan Ir. Ts. Dr. Noor Mazni binti Ismail Pensyarah Universiti. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah wakil daripada UTHM.
Sesi artikulasi ini memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai masa depan program pembuatan, yang merupakan salah satu bidang tumpuan penting dalam memastikan kemahiran yang relevan dan diperlukan oleh industri dapat disampaikan kepada pelajar. Dalam sesi ini, pihak UMPSA telah membentangkan jadual pemindahan kredit, yang bertujuan untuk memudahkan pelajar KKTM Kuantan melanjutkan pengajian mereka di UMPSA dengan pengiktirafan terhadap kredit yang telah diperoleh.
Sesi artikulasi ini mencerminkan komitmen yang tinggi daripada UMPSA, KKTM Kuantan dan UTHM dalam usaha bersepadu untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediakan laluan pendidikan yang lebih fleksibel dan relevan untuk para pelajar. Perbincangan ini diharap akan membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan dalam usaha memajukan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.
.

Print   Email