Previous Next

Program Muzium Sungai Lembing (MSL) Bersama Komuniti Bersempena Pameran Foto "Seabad El-Dorado Timur Dalam Kenangan" 27.11.2021

Tujuan Program MSL Bersama Komuniti Bersempena Pameran Foto "Seabad El-Dorado Timur Dalam Kenangan" adalah untuk meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap bidang permuziuman serta mengeratkan lagi hubungan antara muzium dan komuniti khususnya penduduk Sungai Lembing. Universiti Malaysia Pahang di jemput mengadakan pameran ini adalah untuk demonstrasi berkenaan projek tajaan German Academic Exchange Service (DAAD) iaitu Virtual Exhibition Space For Technical Historical Objects antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan  Hochschule Karlsruhe- University of Applied Sciences di Jerman (HKA). Para Pelawat boleh melihat model Roda Kiew dan Mesin Gerudi Jambo secara 3 dimensi yang diketuai oleh Pengarah Pusat Kerjasama Akademik Jerman, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Bin Mat Rejab, Ketua Program (Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk & Analisa), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif, Ts. Dr. Mohamad Zairi Bin Baharom serta pelajar-pelajar dari program dual ijazah. Program ini dirasmikan oleh Adun Sungai Lembing, YBhg. Dato' Md. Sohaimi bin Mohamed Shah. Untuk yang berminat untuk melihat secara 3 dimensi boleh melayari laman sesawang https://hussein96alfaiz.itch.io/sungai-lembing-virtual-experience-application.

 

 

 

 


Print   Email