Previous Next

PROGRAM PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PENAJAAN KEPADA PELAJAR BAHARU AMBILAN TAHUN 2024 BAGI PROGRAM UMPSA-BJTU (KOHORT 4)

9 Oktober 2024 l UMPSA, Kampus Pekan
.
PROGRAM PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PENAJAAN KEPADA PELAJAR BAHARU AMBILAN TAHUN 2024 BAGI PROGRAM UMPSA-BJTU (KOHORT 4).
.
Pekan, UMPSA dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) hari ini telah mengadakan Program Pendaftaran dan Taklimat Penajaan Kepada Pelajar Baharu Ambilan Tahun 2024 Bagi Program UMPSA - BJTU (Kohort 4). Program bermula seawal jam 9.30 pagi dengan proses pendaftaran dan semakan dokumen pelajar yang telah diterima di bawah penajaan JPA.
.
Program disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku. Majlis diteruskan dengan ucapan Amanat Penaja yang disampaikan oleh Puan Idayuwati binti Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.
.
Ucapan Puan Idayuwati memberi penekanan kepada pentingnya pembangunan modal insan dalam memastikan para pelajar yang ditaja oleh JPA mampu memberi sumbangan kepada negara selepas menamatkan pengajian mereka. Amanat beliau turut menyentuh tentang harapan JPA agar para pelajar yang terpilih menunjukkan komitmen dan dedikasi sepanjang tempoh penajaan mereka.
.
Sesi seterusnya adalah Taklimat Penajaan, yang disampaikan oleh Encik Nik Ahmad Syazwan bin Nik Azman dari Unit Luar Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA. Taklimat tersebut memberi penerangan terperinci mengenai syarat-syarat penajaan serta prosedur yang perlu dipatuhi oleh para pelajar sepanjang tempoh pengajian.
.
Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara pelajar dan pihak JPA. Sesi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai penajaan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengajian mereka di luar negara.

Print   Email