SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 10 KERJASAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL SULTAN ABDULLAH (UMPSA) – NINGXIA UNIVERSITY (NXU)
Hits: 13
20 -22 November 2024 I Yinchuan, Ningxia, China
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 10 KERJASAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL SULTAN ABDULLAH (UMPSA) – NINGXIA UNIVERSITY (NXU)
Deligasi UMPSA diketuai Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Faiz Bin Mohd Turan telah diundang ke Ningxia University (NXU) untuk menyambut ulang tahun ke 10 (2014-2024) Kerjasama antara UMPSA dan NXU. Turut serta adalah Profesor Madya Dr. Mohd Azmir Bin Mohd Azhari, Pengarah, Pusat Hubungan Antarabangsa (PUHA), Ts. Dr. Muhammed Nafis Bin Osman Zahid, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FTKPM, Ts. Dr. Lee Khai Loon, Timbalan Pengarah PKSA, Ir. Dr. Mohd Firdaus Bin Hassan, Ketua Program, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) dan Puan Nor Ilma Binti Mustafa Kamal, Eksekutif Kanan PKSA. NXU turut mengundang Profesor Dr. Rizalman Bin Mamat dari FTKMA iaitu professor pelawat di NXU.
Deligasi UMPSA telah disambut oleh Professor Dr Zhang Bo iaitu Dekan School of Mechanical Engineering serta warga NXU dan pelajar. Majlis Ulang tahun ke 10 Kerjasama UMPSA dan NXU telah dirasmikan oleh Professor Dr Zhang Huan, Timbalan Setiausaha Parti, Ningxia University (NXU). Selepas majlis sambutan ulang tahun kerjasama, kedua-dua pihak telah mengambil kesempatan untuk berbincang dan berdiskusi tentang status kerjasama antara kedua-dua universiti. Pihak NXU telah membentangkan laporan perjalanan kerjasama NXU-UMPSA. Pihak UMPSA juga telah membentangkan laporan semasa pelajar-pelajar NXU di UMPSA.
UMPSA telah bekerjasama dengan Ningxia University (NXU) China dalam mewujudkan program Ijazah Dual UMPSA-NXU menfokuskan dalam bidang pembuatan, mekatronik dan mekanikal. Pada masa sekarang sudah terdapat tiga (3) Kohort Pelajar Ijazah Dual dari NXU dengan jumlah 73 orang telah memulakan pengajian ijazah dual mereka di NXU dan UMPSA. Bagi Kohort 1, seramai 13 orang pelajar dari NXU telah melanjutkan pengajian mereka di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) UMPSA. Pelajar Kohort 2 pada masa sekarang masih berada di NXU dan dijangka akan menyambung pengajian ijazah dual mereka di UMPSA bermula pada semester 2025/2026. Pihak Fakulti FTKPM telah berjumpa dengan pelajar-pelajar Kohort 3 Ijazah Dual UMPSA - NXU untuk memberikan penerangan tentang pengajaran dan pembelajaran di UMPSA. Pelajar telah diberi peluang untuk bertanya pelbagai soalan tentang program Ijazah Dual yang sedang mereka ikuti.
Latest News
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang