Previous Next

Sesi Kunjungan Hormat Delegasi UMPSA ke Goethe Institut (G.I) Malaysia

16 Oktober 2024 | Goethe Institute Malaysia
Sesi Kunjungan Hormat Delegasi UMPSA ke Goethe Institut (G.I) Malaysia bertarikh 16 Oktober 2024 yang merupakan kunjungan kali kedua di GI.
Delegasi UMPSA yang diketua oleh Dr Wan Jumani binti Fauzi, Ketua Program, Pusat Bahasa Moden dan turut hadir Dr Nur Aqilah binti Othman, Ketua Program, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Encik Zahiruddin bin Mohd Zain, Eksekutif Kanan, Pusat Kerjasama Strategik Akademik dan Muhammad Asreeman bin Ariffin, Penolong Pegawai Tadbir, Pusat Kerjasama Strategik Akademik disambut oleh Ms Anna Viegel, Director of Goethe Institute Malaysia, Ms June Ho, Language Course & Communication Advisor, Ms Tarveer Kaur, Exam Coordinator dan Ms Chantal Choomchoui, Head of Language Department.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penyelarasan pelaksanaan peperiksaan Bahasa Jerman B1 & B2 yang melibatkan pelajar-pelajar ijazah dual UMPSA-Jerman.
Kunjungan ini juga merupakan kesinambungan bagi melihat fasiliti peperiksaan Bahasa Jerman di pejabat baru Goethe Institute Malaysia.

Print   Email