UMPSA MENERIMA KUNJUNGAN DUA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DARI CHINA
Hits: 20
19 MAC 2025 | UMPSA, PEKAN
UMPSA MENERIMA KUNJUNGAN DUA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DARI CHINA
Deligasi dari Guangzhou Huali Science And Technology Vocational College (HLY) & Beibu Gulf University (BGU) telah berkunjung ke UMPSA Kampus Pekan dalam misi untuk mencadangkan kerjasama baru dalam bidang akademik. Deligasi dari HLY telah diwakili oleh Dr. Liu Jie (Director of the International Exchange Center) dan Cik Lv Jing (Deputy Dean of the School of Continuing Education). Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr Yatimah binti Alias telah sudi untuk menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intention) Bersama wakil HLY.
Deligasi kemudian telah mengadakan perbincangan secara dua hala di dalam mesyuarat ini dipengerusikan oleh Professor Dato' Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, serta turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Komputeran Profesor Madya Ts. Dr. Adzhar Bin Kamaludin, Dekan Pusat Bahasa Moden Profesor Madya Dr. Nik Aloesnita Binti Nik Mohd Alwi, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) Profesor Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal Bin Che Ku Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced Dr. Ahmad Johari Bin Mohamad. Pengantara bagi mesyuarat ini adalah Timbalan Pengarah PKSA Profesor Madya Ts. Dr. Lee Khai Loon.
Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama antara semua pihak dalam bidang akademik.
Latest News
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang