UMPSA's Roundtable Discussion with HKA's Flying Professor and Germany Industries
Hits: 215
7 September 2023 | UMPSA Pekan
Hadir menyampaikan ucaptama majlis adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman. Menurut beliau, kerjasama UMPSA dan Jerman telah bermula sejak tahun 2010 melalui rundingan bersama German Academic Exchange Service (DAAD) dan hasil kerjasama mencetuskan program ijazah dual UMPSA-Jerman yang kini sudah diiktiraf oleh pihak industri bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara.
"UMPSA kini telah berjaya melahirkan seramai 260 orang graduan bagi program ijazah dual dengan kerjasama Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) dan Reutlingen University (HsRT)".
"Malah, hubungan baik ini juga membolehkan UMPSA bekerjasama dengan syarikat-syarikat industri ternama dari Jerman seperti Mercedes-Benz, Volkswagen, BMW, Robert Bosch, Muehlbauer Technologies, Vacuumschmelze, Elektrisola, BASF dan banyak lagi", ujarnya.
Tambah beliau, perkongsian dua hala pada hari ini adalah signifikan dalam mencapai objektif global Matlamat Pembangunan Mampan bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi juga merangkumi aspek seperti kemajuan penyelidikan dan pembangunan teknologi.
Program yang bertemakan "A Global Perspective on the Landscape of Sustainable Development: Where Do We Go From Here?" ini menampilkan barisan ahli panel terhormat berbincang mengenai topik Pengurusan Bakat, Pengurusan Sumber, Pengurusan Sisa Buangan serta Pengurusan Tenaga.
Dalam perbincangan tersebut, mewakili ahli akademik adalah Prof. Ir. Dr. Ahmad Razlan Yusoff yang merupakan salah seorang profesor di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) UMPSA dan Dean of the Faculty of Mechanical Engineering and Mechatronics, Hoschule Karlsruhe (HKA), Prof. Dr. Ingeneur Robert Veis.
Seterusnya, mewakili Agensi Kementerian adalah Head of Quality Assurance, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Puan Sabihah Saleh. Manakala mewakili industri daripada BASF Petronas Chemicals adalah Mr. Saurav Mittra dan Miss Lee Sow Kheng.
Turut hadir dalam program adalah Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA) Prof Madya. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Penolong Naib Canselor, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UMPSA, Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim bersama barisan Dekan, Profesor serta para pelajar program ijazah dual UMPSA.
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang