Previous Next

15TH GERMAN ACADEMIC COLLABORATION PROGRAM BOARD OF STUDY (GBoS) MEETING 1/2024 & SOFT LAUNCH OF DUAL DEGREE PROGRAM BACHELOR OF BUSINESS ENGINEERING WITH HONOURS (COLLABORATION WITH MANNHEIM UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCES, GERMANY)

15TH GERMAN ACADEMIC COLLABORATION PROGRAM BOARD OF STUDY (GBoS) MEETING 1/2024 & SOFT LAUNCH OF DUAL DEGREE PROGRAM BACHELOR OF BUSINESS ENGINEERING WITH HONOURS (COLLABORATION WITH
MANNHEIM UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCES, GERMANY)
22 Februari 2024 | Royal Chulan Kuala Lumpur
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Lt Kol Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, mewakili Naib Canselor UMPSA, Prof Dato’ Ts Dr Yusserrie Hj Zainuddin telah mempengerusikan GBoS dan merasmikan Soft launch new dual degree program Bachelor of Business Engineering with Honours collaboration with Manheim University of Applied Sciences Germany yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.
Dalam ucapan yang disampaikan, majlis yang diadakan ini bukan sahaja bersejarah, tetapi ia juga menandakan komitmen UMPSA yang tidak berbelah bahagi – Malaysia secara amnya dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah khususnya bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan persahabatan antara Malaysia dan Jerman yang telah terjalin selama 68 tahun lalu apabila negara ini mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. UMPSA, yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-22 tahun pada 16 Februari 2024 baru-baru ini berbangga kerana mempunyai Jerman sebagai salah satu rakan akademik strategiknya dalam konteks program Sarjana Muda Dwi Ijazah (dual degree), satu inisiatif yang telah dipelopori sejak 14 tahun yang lalu bermula pada tahun 2010. Sebelum ini UMPSA telah mempunyai kerjasama dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) dengan program Kejuruteraan automotif, mekatronik dan elektrik. Kemudian kerjasama diteruskan dengan jalinan kerjasama Reutlingen University (HsRT) bagi program ijazah dual Program Sarjana Muda kejuruteraan Perniagaan.
Beberapa agenda utama dibentangkan di dalam GBoS kali ini yang melibatkan latihan industri (internship) dan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat multinasional di Jerman atau industri multinasional Jerman di Malaysia bagi merealisasikan hasrat dan saranan YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir ke arah pendapatan gaji premium. Menurut Tan Sri Dato’ Academician Ir Ts Dr Hj Ahmad Zaidee Laidin yang merupakan ahli GBoS UMPSA telah menyatakan hasrat beliau supaya UMPSA meraikan kejayaan pencapaian yang cemerlang ini, selama 14 tahun program ini kekal relevan dan telah melahirkan ramai jurutera-jurutera yang berjaya yang telah belerja di syarikat-syarikat multinasional dalam dan diluar negara. Selain itu juga, ia telah menyumbang kepada nilai modal insan yang besar kepada Malaysia. Program dual degree UMPSA-Jerman ini juga merupakan salah satu daripada hala tuju di dalam MTUN TVET Termaju 2030.
Program Bachelor of Business Engineering with Honours collaboration with Manheim University of Applied Sciences Germany yang dilaksanakan di bawah Fakulti Pengurusan Industri (FPI) UMPSA akan membuat pengambilan pertama pelajar untuk program ini pada Semester 1, tahun akademik 2024-2025 iaitu bermula Oktober tahun ini. Menurut Prof Ahmad Ziad Sulaiman, beliau amat berterima kasih atas bantuan dan kemudahan yang diberikan oleh Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur, syarikat-syarikat multinasional Jerman yang berpangkalan di Malaysia yang sentiasa membantu dan memberi sokongan dalam merealisasikan agenda ini dan akhirnya, melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kerana membolehkan UMPSA merealisasikan kerjasama ini sehingga ke peringkat ini. Ujar beliau.
Turut hadir Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jerman, mewakili Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia, Ms. Ulrike Wolf, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Mekatronik, Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA), Profesor Dr.–Ing Robert Weiss, Pengerusi Erinco Sdn Bhd, Tan Sri Professor Ir. Ts. Dr. Ahmad Zaidee Laidin, Pengurus Besar Vacuumschmelze (M) Sdn Bhd, Mohd Arif Zakaria, Dekan Fakulti Pengurusan Industri, Dr. Mohd. Hanafiah Ahmad dan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab.
Tahniah kepada Pusat Kerjasama Strategik Akademik Pusat Kerjasama Strategik Akademik UMPSA di atas perlaksanaan program dual degree UMPSA.

Print   Email