Previous Next

210 PELAJAR CEMERLANG PARLIMEN PAYA BESAR SERTAI TAKLIMAT PROGRAM IJAZAH DUAL UMPSA

6 JUN 2024 I DEWAN ASTAKA, UMPSA KAMPUS GAMBANG
210 PELAJAR CEMERLANG PARLIMEN PAYA BESAR SERTAI TAKLIMAT PROGRAM IJAZAH DUAL UMPSA
210 pelajar cemerlang hadir bersama ibu bapa bagi mengikuti program Taklimat Ijazah Dual Pelajar Cemerlang Parlimen Paya Besar di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang.
Para pelajar diberikan pendedahan tentang program asasi UMPSA yang disampaikan Ketua Program Asasi Pusat Sains Matematik, Prof Madya Dr Abdul Rahman Mohd Kassim.
Manakala taklimat program Ijazah Dual disampaikan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Prof Madya Ts Dr Mohd Ruzaimi Mat Rejab dan taklimat dari badan penaja PTPTN.
Hadir dalam program Ahli Parlimen Paya Besar, Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah dan Naib Canselor UMPSA, Prof Dato' Ts Dr Yuserrie Zainuddin. Turut sama Pengarah PTPTN Pahang, Sapiza Ajihari dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.
Menurut Prof Dato Ts Dr Yuserrie, taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai program Ijazah Dual yang ditawarkan di UMPSA dengan kerjasama negara Jerman, China, Kazakhstan dan pada masa akan datang termasuk Korea Selatan dan USA.
“UMPSA merupakan universiti awam pertama di Malaysia yang mempunyai kolaborasi dengan rakan kerjasama universiti luar negara melibatkan Jerman, China dan Kazakhstan bagi Program Kerjasama Akademik Ijazah Dual,” katanya.
Ahli Parlimen Paya Besar, Dato' Indera Mohd Shahar juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak UMPSA yang sangat komited dalam membantu calon pelajar dalam penasihatan akademik terutamanya dalam menjayakan program Jom Masuk U 2024 baru-baru ini.

Print   Email