Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT KE PLUS DI PETALING JAYA

3 Julai 2024 l PLUS, Petaling Jaya
Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Institut Pengajian Siswazah (IPS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) di Petaling Jaya untuk melihat kerjasama yang boleh dilaksanakan antara UMPSA dan pihak PLUS Berhad.
Delegasi telah disambut baik oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi PLUS Bhd, En Mohd Yusuf Abdul Aziz dan beberapa pegawai kanan PLUS yang lain.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, Dr. Ahmad Johari Mohamad; Pengarah Pusat Penilaian APEL, Dr Nor Alisa Mohd Damanhuri; Timbalan Pengarah (Jaringan dan Hubungan Luar), Pusat Kerjasama Strategik Akademik, En Abd Rahman Hj Safie; Profesor Pelawat UMPSA, Prof Dr Othman Che Puan dan Pengurus Besar Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran UMPSA Advanced, Pn Nurul Fazlin Abdul Rahman.
Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA), telah membentangkan Program Ijazah Dual UMPSA dan pihak PLUS berminat untuk melihat dengan lebih lanjut program ini dan akan menghubungkan PKSA dengan syarikat-syarikat induk seperti UEM Group Berhad dan Khazanah yang menaja pelajar-pelajar cemerlang di Malaysia yang boleh dikembangkan untuk menaja Program Ijazah Dual UMPSA dengan universiti di Jerman, China dan Kazakhstan.
Selain sesi pencerahan program akademik, delegasi UMPSA turut dibawa melawat ke Traffic Monitoring Centre (TMC) PLUS iaitu pusat kawalan trafik lebuh raya bertol yang beroperasi 24 jam sehari.

Print   Email