Previous Next

π™π™ˆπ™‹π™Žπ˜Ό π˜Όπ™™π™«π™–π™£π™˜π™šπ™™ π™©π™šπ™§π™€π™ π™– π™₯𝙖𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣 π™₯π™šπ™£π™™π™žπ™™π™žπ™ π™–π™£ π˜Ύπ™π™žπ™£π™– π™’π™šπ™‘π™–π™‘π™ͺπ™ž π™ π™šπ™§π™Ÿπ™–π™¨π™–π™’π™– deπ™£π™œπ™–π™£ π™Žπ˜Ύπ˜Όπ™‘π˜Ύ.

π™π™ˆπ™‹π™Žπ˜Ό π˜Όπ™™π™«π™–π™£π™˜π™šπ™™ π™©π™šπ™§π™€π™ π™– π™₯𝙖𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣 π™₯π™šπ™£π™™π™žπ™™π™žπ™ π™–π™£ π˜Ύπ™π™žπ™£π™– π™’π™šπ™‘π™–π™‘π™ͺπ™ž π™ π™šπ™§π™Ÿπ™–π™¨π™–π™’π™– deπ™£π™œπ™–π™£ π™Žπ˜Ύπ˜Όπ™‘π˜Ύ.
Pada awal tahun 2022, UMPSA Advanced, anak syarikat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah mula meneroka pasaran pendidikan di China melalui kerjasama dengan Phoenix Asia Academy Technology. Melalui Phoenix Asia, UMPSA Advanced telah diperkenalkan kepada Sichuan Aerospace Vocational College (SCAVC), sebuah kolej vokasional terkemuka di Southwest Province China yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan China. SCAVC mempunyai lebih 16,000 pelajar dengan kampus seluas 700 ekar, dan menawarkan 39 program akademik.
UMPSA dan SCAVC merancang kerjasama akademik melalui penubuhan Joint Institute. Model penawaran 10 subjek program diploma UMPSA kepada pelajar SCAVC telah dipersetujui. Pada 9 September 2022, satu dokumen Memorandum Perjanjian antara UMPSA dan SCAVC telah ditandatangani, menandakan permulaan rasmi kerjasama ini.
Melalui kerjasama ini, UMPSA berpeluang meningkatkan jenama globalnya serta menarik pelajar antarabangsa dari China. Program pertama bermula pada Februari 2025, dengan kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan pembuatan dan kejuruteraan mekanikal.
Seramai tiga orang pensyarah dari UMPSA telah dihantar ke SCAVC untuk mengajar di SCAVC. Pensyarah-pensyarah tersebut adalah Ts. Dr. Mohamad Rusydi bin Mohamad Yasin dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Ts. Dr. Abdul Nasir bin Abd Ghafar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Encik Azim bin Mohd Arshad dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif.
Diharap dengan kerjasama ini tenaga pengajar UMPSA akan menimba lebih pengalaman dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.

Print   Email