Previous Next

MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN INDUSTRI IJAZAH DUAL UMPSA-BJTU

13 MAC 2025 | UMPSA, PEKAN
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN INDUSTRI IJAZAH DUAL UMPSA-BJTU
Satu Mesyuarat Penyelarasan Latihan Industri (LI) Ijazah Dual UMPSA-BJTU telah diadakan hari ini dengan kehadiran wakil dari Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC), China. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Professor Dato' Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, serta turut dihadiri oleh Professor Ts. Dr. Kamal bin Yusoh, Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik, bersama Timbalan-timbalan Dekan Akademik dan Timbalan Pengarah PKSA.
Pihak LRVTC diwakili oleh Encik Chen Yusong, Timbalan Pengarah International Exchange and Cooperation Office, serta Encik Xiao Jingling, Pengarah LRVTC (Malaysia Office).
Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuhkan pelaksanaan program Ijazah Dual UMPSA-BJTU, sekaligus memastikan perjalanan latihan industri berjalan dengan lebih lancar dan berkesan pada masa akan datang.

Print   Email