Previous Next

Delegasi Pendidikan Malaysia hari ini menerima undangan pihak Beijing Jiaotong University (BJTU) sempena Majlis Pembukaan 9th International Cultural Festival of Beijing Jiaotong University

23 September 2023 | BJTU China
Delegasi Pendidikan Malaysia hari ini menerima undangan pihak Beijing Jiaotong University (BJTU) sempena Majlis Pembukaan 9th International Cultural Festival of Beijing Jiaotong University.
Hadir dalam majlis Naib Canselor UMPSA, Prof. Dato Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Penasihat Kedutaan (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia di Republik Rakyat China, Encik Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif.
“Program ini juga dapat memperkenalkan pelbagai persembahan kebudayaan yang disajikan kepada penonton daripada beberapa negara termasuk Malaysia,” katanya semasa menyampaikan ucapan yang turut disampaikan dalam Bahasa Melayu.
Ketika ini seramai 45 orang pelajar UMPSA sedang menuntut di BJTU untuk tempoh 2 tahun 6 bulan bagi program Ijazah Dual. Kohort kedua seramai 25 orang dijangka akan tiba di BJTU pada 3 Oktober 2023 nanti.
Hubungan kerjasama yang terjalin tahun di antara UMPSA dan BJTU sejak tahun 2020 menyaksikan UMPSA meneruskan agenda pembangunan bakat berkaitan pengangkutan rel dengan menawarkan program akademik ijazah dual program Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal bersama rakan kerjasama daripada BJTU.
Pada masa ini UMPSA telah bekerjasama dengan beberapa Universiti di China seperti Beijing Jiaotong University (BJTU), Tianjin University (TJU) , Hebei University (HBU) dan Ningxia University (NXU).
UMPSA terus komited meningkatkan hubungan dengan komuniti antarabangsa selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama: Program Ijazah Bersama Antarabangsa dalam Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 untuk merealisasikan visi UMPSA menjadi ‘Universiti Teknologi Terunggul'.

Print   Email