Previous Next

PERTEMUAN PELAJAR-PELAJAR PROGRAM IJAZAH DUAL UMPSA-BJTU BERSAMA DEKAN FTKMA, FTKA, DAN FTKEE UMPSA DI CHINA

PERTEMUAN PELAJAR-PELAJAR PROGRAM IJAZAH DUAL BERSAMA DEKAN FTKMA, FTKA, DAN FTKEE UMPSA DI CHINA.
23 September, 2023 I Beijing, China
Pertemuan santai Dekan FTKMA, Dekan FTKA, dan Dekan FTKEE bersama pelajar-pelajar UMPSA yang sedang mengikuti pengajian di Beijing Jaitong University, China.
Dekan FTKMA Prof. Dr. Mahadzir berpeluang beramah mesra bersama 20 pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automatif. Juga Dekan FTKA Prof. Madya Ir. Dr. Fadzil beramah mesra dengan 15 orang pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam. Prof. Madya Dr. Hamdan Dekan FTKEE juga turut sama beramah mesra bersama 10 orang pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang kesemuanya adalah pelajar yang mengikuti program ijazah dual di BJTU, China.Turut sama Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik UMPSA.

Print   Email