High-Level Forum and Achievement Exhibition on The Joint Training of International Talents on Rail Transit di Baotou, China
Hits: 178
24 Julai 2023 | Baotou Railway Vocational & Technical College (BRVTC), Boutou China
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Bin Sulaiman telah menyampaikan ucaptama di High-Level Forum and Achievement Exhibition on The Joint Training of International Talents on Rail Transit di Baotou, China yang diadakan selama 2 hari bermula 23-25 Julai 2023.
Program seminar ini dijalankan secara perbincangan meja bulat yang dihadiri lebih daripada 50 wakil daripada kolej vokasional yang rata-ratanya adalah Presiden Kolej dan universiti yang mempunyai kerjasama Pendidikan bersama Institusi akademik di China dengan tema The Joint Cultivation of International Talents on Rail Transit. Tajuk kertas kerja yang dibentangkan oleh Profesor Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman adalah UMP and Talent Development in the Railway Industry in Malaysia.
Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman berkata lawatan program ini merupakan program terakhir beliau di China yang mana beliau telah berada di China bagi kerja rasmi antarabangsa selama 7 hari yang melibatkan kolaborasi strategik akademik dan antarabangsa UMP-China. UMP telah dilantik sebagai universiti fokal bagi Program Pembangunan Bakat (PLKI) dan Program Latihan Kemahiran Industri ECRL yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2017. Program latihan itu dijalankan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Paya Besar. Modul latihan itu adalah usaha bersama Universiti Jiaotong Beijing (BJTU) China.
Menurut Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad lagi, dengan membangunkan pakar dalam bidang kejuruteraan kereta api melalui latihan yang komprehensif serta beberapa pemeteraian MoU, saya percaya bahawa inisiatif ini akan mempunyai permintaan tenaga kerja daripada industri rel Malaysia dengan ketara serta meningkatkan keupayaan teknikal di Pahang dan kepakaran profesional dalam kejuruteraan rel pada masa hadapan. Kejayaan pelaksanaan kerjasama akademik antara UMP dan universiti China mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan China.
Antara intipati perbincangan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di dalam membangunkan bakat di dalam industri rel di Malaysia adalah bagi
meningkatkan kemahiran graduan tempatan bagi menyediakan mereka di dalam projek pembinaan kereta api. Selain itu juga dari aspek pemindahan teknologi kepada institusi penyelidikan dan pendidikan tempatan. Perkongsian mampan untuk operasi dan R&D masa depan dengan institusi pantai timur meningkatkan kemahiran graduan tempatan untuk diambil bekerja oleh kontraktor ECRL dan industri kereta api di Malaysia.
Diantara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan adalah lawatan ke makmal-makmal simulasi kejuruteraan keretapi yang lengkap dan penerangan berkenaan perlaksanaan latihan rel di China melalui kolej-kolej vokasional ini.
Perbincangan meja bulat ini dimoderasikan oleh Prof Prof Liu Yanqing, the Dean of College of International Education, Beijing Jiaotong University (JBTU) serta turut dihadiri oleh Timbalan Presiden BJTU, Prof Jing Tao dan Presiden of Baotou Railway Vocational and Technical College, Prof. Zhu Xiaohui.
Delegasi UMP turut dihadiri Pengarah PKSA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Institut Confucius UMP, Yong Ying Mei dan Pengarah(China), Institut Confucius UMP, Prof. Madya Dr. Wang Haiyan.
Kementerian Pendidikan Tinggi
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang