Delegasi UMPSA Bertemu Pengurusan Tertinggi Baotou Railway Vocational & Technical College (BRVTC)
Hits: 215
Tenaga pengajar Baotou Railway Vocational & Technical College bakal mengikuti pengajian pascasiswazah di UMP
23 Julai 2023 | Inner Mongolia, China
Pertemuan ini memberi peluang Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Presiden BRVTC, Prof. Zhu Xiaohui meluangkan masa berbincang bagi mengadakan jalinan kerjasama strategik yang bakal di laksanakan oleh kedua-dua institusi ini.
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan potensi kerjasama dengan dihadiri oleh Pengarah Hal Ehwal Akademik, Prof. Wang Zicheng, dan beberapa ahli pengurusan BRVTC.
Turut hadir di dalam perbincangan adalah Pengarah PKSA, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Institut Confucius UMP, Puan Yong Ying Mei serta Prof. Madya Dr. Wang Haiyan selaku Pengarah(China), Institut Confucius UMP.
Buat masa ini, seramai dua tenaga pengajar BRVTC bakal menyambungkan pengajian pascasiswazah di peringkat Sarjana dan PhD di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, dan pihak BRVTC berhasrat menghantar lebih ramai tenaga akademiknya ke peringkat PhD di UMP.
Sumber: Pusat Kerjasama Strategik Akademik
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang