Previous Next

Karnival Pendidikan @ Hari Peneroka Felda 2024

13 JULAI 2024 l MAEPS, Serdang
Karnival Pendidikan @ Hari Peneroka Felda 2024
Karnival Pendidikan @ Hari Peneroka Felda 2024 yang berlangsung di MAEPS Serdang. Booth UMPSA giat melakukan promosi bagi perhatian pengunjung dengan pengisian yang informatif dan terkini. Selama tiga hari karnival pendidikan ini, para pengunjung dapat menikmati pelbagai inisiatif promosi yang ditawarkan oleh UMPSA, termasuk pameran produk pendidikan terkini dan sesi penerangan mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan di kampus UMPSA. Aktiviti promosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan UMPSA dalam memperkasa pendidikan di kalangan bakal mahasiswa khususnya anak-anak peneroka Felda.
Timbalan Pengarah (Jaringan dan Hubungan Luar), Encik Abd Rahman Haji Safie dan Puan Nurul Maisara binti Awang mewakili PKSA ke karnival pendidikan ini. Turut hadir wakil dari Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik, Encik Muhammad Hakim bin Abu dan Encik Muhammad Amirul Hakim bin Mustafa serta wakil UMPSA Advanced, Encik Fareez Haziq bin Abdul Wahab dan Encik Muhammad Fathullah Farhan bin Mohamad Rosdi.

Print   Email