KOLABORASI STRATEGIK AKADEMIK & ANTARABANGSA UMPSA DAN POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) SERTA MENYANTUNI PELAJAR PROGRAM ASASI TVET
Hits: 359
18 Ogos 2023 | Ipoh, PerakKOLABORASI STRATEGIK AKADEMIK & ANTARABANGSA UMPSA DAN POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) SERTA MENYANTUNI PELAJAR PROGRAM ASASI TVET
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan kolaborasi strategik akademik dan antarabangsa di Politeknik Ungku Omar (PUO) yang telah diadakan di Bilik Pengarah, Bangunan Pentadbiran , PUO, Ipoh, Perak.
Kehadiran TNCAA telah disambut oleh Dr Shamsuri Abdullah, Pengarah PUO dan pihak pengurusan PUO. Tujuan utama kunjungan hormat diadakan adalah untuk membincangkan secara terperinci kolaborasi strategik pelaksanaan bagi program TVET Aras Tinggi selari dengan arahan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan akses pengajian tinggi bagi program TVET.
Perbincangan kolaborasi strategik ini juga untuk meningkatkan lagi kerjasama yang telah dijalinkan sebelum ini melalui kolaborasi strategik akademik dan antarabangsa terutamanya apabila pelaksanaan program Asasi TVET dimulakan pada tahun ini yang turut melibatkan PUO.
PUO yang telah ditubuhkan pada tahun 1969 adalah tujuan utamanya untuk melatih lepasan sekolah, yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) untuk menjadi Juruteknik Mahir dalam bidang kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di khalayak ramai sektor dan sektor swasta.
Pada masa yang sama, TNCAA telah mengambil peluang dan meluangkan masa bagi menyantuni para pelajar program Asasi TVET seramai 94 orang yang sedang mengikuti pengajian program ASASI TVET di PUO.
Menurut Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, “Kunjungan hormat dan sesi perbincangan kolaborasi strategik akademik dan antarabangsa di PUO ini adalah susulan daripada beberapa siri perbincangan yang telah diadakan sebelum ini. Pihak UMPSA amat berbesar hati di atas kesudian Pengarah PUO meluangkan masa untuk berbincang secara terperinci bagi kolaborasi strategik akademik dan antarabangsa. Kesempatan menyantuni dan berkomunikasi secara langsung dengan para pelajar program Asasi TVET amat bermakna bagi membolehkan maklumat terkini diberikan terus kepada para pelajar berkenaan agar ketidakfahaman jika timbul dapat diatasi dan meningkatkan motivasi mereka menjalani pengajian peringkat Asasi TVET. Program di PUO ini menjadi lebih bermakna apabila YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dapat meluangkan masa hadir bagi berkomunikasi secara langsung dengan para pelajar program Asasi TVET serta meningkat motivasi mereka,” ujar beliau.
Turut hadir di sesi kolaborasi strategik ini adalah Pengarah PKSA, Pengarah PPKA, Pengarah PPA, Pengarah PIDA dan Pengurus Kanan JHEAA.
Manakala di pihak PUO yang hadir adalah pihak pengurusan PUO dan para pensyarah program Asasi TVET.
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang