Previous Next

KOLABORASI STRATEGIK AKADEMIK & ANTARABANGSA UMPSA DAN PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN & KEMAHIRAN PERAK (PESDC)

KOLABORASI STRATEGIK AKADEMIK & ANTARABANGSA UMPSA DAN PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN & KEMAHIRAN PERAK (PESDC)
18 Ogos 2023 | Pusing, Perak
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan kolaborasi strategik akademik dan antarabangsa di Pusat Pembangunan Usahawan & Kemahiran Perak (PESDC) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PESDC, Pusing, Perak.
Kehadiran TNCAA telah disambut oleh Encik Jason Lee Yue Hung, Penasihat PESDC dan pihak pengurusan PESDC. Tujuan utama kunjungan hormat diadakan adalah untuk membincangkan secara terperinci kolaborasi strategik pelaksanaan bagi program TVET selari dengan fungsi utama PESDC adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal sedia ada dan pengetahuan industri pembuatan agar tidak ketinggalan dengan perubahan dan perkembangan teknologi yang terkini.
PESDC yang telah ditubuhkan pada bulan Mac 1993 adalah tujuan utamanya untuk menyediakan latihan dan penyebaran ilmu pemgetahuan dan kemahiran yang akan membantu industri pembuatan agar tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi, peningkatan produktiviti dan kualiti pengeluaran bagi menggalakkan pembangunan usahawan di dalam industri.
Menurut Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, “Kunjungan hormat dan sesi perbincangan kolaborasi strategik akademik dan antarabangsa di PESDC adalah untuk membolehkan kedua-dua belah memperolehi manfaat berdasarkan kekuatan kapasiti masing-masing meliputi fasiliti, sumber manusia dan hubungan dengan industri. PESDC telah lama terlibat dalam memberikan latihan kemahiran atau TVET kepada pekerja industri di Negeri Perak terutamanya. Manakala kekuatan UMPSA sebagai sebuah Universiti Awam dalam kelompok MTUN memberikan kelebihan dalam penyediaan program TVET Aras Tinggi yang mendapat pengiktirafan daripada badan-badan akreditasi dan profesional di dalam negara dan di luar negara,” ujar beliau.
Turut hadir di sesi kolaborasi strategik ini adalah Pengarah PKSA, Pengarah PPKA, Pengarah PIDA, Pengarah PPA dan Pengurus Kanan JHEAA.
Manakala di pihak PESDC yang hadir adalah pihak pengurusan PESDC dan tenaga pengajar PESDC.

Print   Email