Kunjungan Hormat Timbalan Naib Canselor JHEAA, UMPSA Ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA, Putrajaya
Hits: 265
8 Disember 2023 | Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya
Kunjungan Hormat Timbalan Naib Canselor JHEAA, UMPSA Ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA, Putrajaya
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) UMPSA telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya bagi membentangkan dan membincangkan perkembangan kerjasama di antara pihak UMPSA dengan JPA yang melibatkan penajaan pelajar-pelajar di bawah program ijazah dual di UMPSA.
Pihak Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA yang diketuai oleh Pengarahnya, YBrs En.Jamalulail bin Abu Bakar bersama-sama beberapa orang timbalan pengarah dan pegawai-pegawai dari bahagian-bahagian tertentu di JPA telah diberikan penerangan berkaitan perkembangan terkini program-program kerjasama strategik berkaitan dengan akademik dengan beberapa buah univerisiti di luar negara dan pencapaian pelajar-pelajar ijazah dual yang telah ditaja oleh pihak JPA di UMPSA terutamanya yang melibatkan program kerjasama akademik dengan Beijing Jiaotong University di China bagi program rel.
Kunjungan hormat ini juga turut dihadiri oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah di Pusat Kerjasama Strategik Akademik, En. Mohamed Rafiee Bin Kamarudin, Timbalan Pengarah di Pusat Kerjasama Strategik Akademik dan En. Azrizulazmi bin Bustan, Eksekutif Kanan di Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang