Previous Next

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tianjin University (TJU) bagi membuat persediaan program Ijazah Dual (Dual Degree) antara UMPSA dengan TJU

TIANJIN CHINA, 5 Disember 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tianjin University (TJU) bagi membuat persediaan program Ijazah Dual (Dual Degree) antara UMPSA dengan TJU.
Delegasi diketuai oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin diiringi Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Professor Madya Ts. Dr. Sumaiya Zainal Abidin, Pengarah Confucius Institute (Malaysia), Yong Ying Mei, Pengarah Pusat Hubungan Universiti Industri, Profesor Madya Dr. Chin Sim Yee dan Pengurus Kanan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Rosilavi Mat Jusoh.
Hadir menyambut delegasi Timbalan Presiden TJU, Profesor Gong Jinlong, Dekan Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Teknologi, Profesor Fan Xiaobin, Penolong Dekan Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Teknologi, Profesor Madya Liu Hongli, Pengarah Pejabat Sekolah Pendidikan Antarabangsa, Profesor Li Qiang dan Pengarah Pejabat Kerjasama Antarabangsa, Dr. Zhang Zhen.
Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, UMPSA dan TJU telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi penawaran program Ijazah Dual UMPSA-TJU pada tahun 2021.

Print   Email