Lawatan Delegasi Beijing Jiaotong University (BJTU) ke UMPSA
Hits: 289
12 Disember 2023 | UMPSA, Kampus Gambang
Lawatan Delegasi Beijing Jiaotong University (BJTU) ke UMPSA
UMPSA telah menerima kehadiran delegasi Beijing Jiaotong University (BJTU) seramai 5 orang yang diketuai oleh Profesor Meng Lingyun, Dekan School of Traffic and Transportation. Aturcara lawatan BJTU dimulakan dengan perbincangan dua hala antara Timbalan Dekan College of International Education Timbalan Pengarah CIE, Tan Jie dan dekan-dekan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) berkenaan laporan prestasi pelajar kohort 1 dan 2 Ijazah Dual UMPSA-BJTU yang sedang sambung pengajian di BJTU.
Turut dibincangkan adalah tawaran kerjasama oleh School of Traffic and Transportation BJTU yang memaklumkan tentang peluang kepada pelajar UMPSA untuk melanjutkan pelajaran peringkat Pasca -Siswazah (Master dan PHD) di BJTU dengan bantuan penuh kewangan dari Kerajaan Republik Rakyat China dan juga industri di China.
Seterusnya, delegasi BJTU dibawa untuk melawat fasiliti-fasiliti penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran di UMPSA seperti alatan di Makmal Berpusat, Teaching Factory dan Centre For Excellent (COE) Pusat Penyelidikan Bendalir & Proses Termaju. Sejurus selepas jamuan makan tengahari, delegasi BJTU telah berjumpa dan mengadakan taklimat kepada pelajar-pelajar UMPSA yang akan menyambung pengajian dalam Ijazah Dual UMPSA-BJTU serta pelajar-pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk menyambung pelajaran diperingkat Pasca Siswazah di BJTU.
Turut berlangsung pada waktu yang sama adalah perbincangan dengan pasukan Highway Transportation Research Group (HTRG) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) tentang peluang kerjasama penyelidikan antara BJTU dan UMPSA.
Lawatan dan mesyuarat bersama delegasi UMPSA-BJTU kali ini dianjurkan oleh Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA) dan diketuai oleh Timbalan Pengarah PKSA, Dr Lee Khai Loon.
Latest News
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang