Previous Next

Program Kawal Selia UMPSA, Dikendalikan oleh Muscat College

16 - 19 Disember 2023 | Muscat College, Oman
Program Kawal Selia UMPSA, Dikendalikan oleh Muscat College
Deligasi UMPSA telah mengadakan audit validasi Program kawal selia UMPSA, yang dikendalikan oleh Muscat College, Oman. Tiga program yang terlibat adalah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian, Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian) dengan Kepujian dan Sarjana Muda Pengurusan Projek dengan Kepujian. Audit validasi program telah diadakan di Jabatan Komputeran dan Jabatan Perniagaan dan Perakaunan, Muscat College. Deligasi UMP diketuai oleh Dekan Fakulti Komputeran Profesor Madya Ts Dr Adzhar bin Kamaludin turut disertai oleh Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Pengurusan Industri Dr Syed Radzi bin Rahamaddulla dan Puan Nor Ilma binti Mustafa Kamal dari Pusat Kerjasama Strategik Akademik.
Audit Validasi kali ini telah melihat beberapa aspek penambahbaikan program yang ingin dilakukan oleh Muscat College selaras dengan perkembangan teknologi dan inovasi. Muscat College turut berminat untuk mengadakan kerjasama dalam pembangunan program secara francais serta mobiliti pelajar dan staf. Muscat College juga berhasrat untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan UMPSA termasuklah untuk mendapatkan geran-geran penyelidikan dari Kerajaan Oman.
Deligasi UMPSA turut diundang untuk menghadiri Majlis Graduasi Pelajar Muscat College yang berlangsung di Oman, Convention Center pada 19hb Disember 2023. Seramai 58 graduat program Sarjana Muda program kawal selia UMPSA yang bergraduat bagi tahun 2023.

Print   Email