Previous Next

Lawatan Pendidikan Malaysia ke China Fokus Kelestarian dan Kampus Pintar

Lawatan Pendidikan Malaysia ke China Fokus Kelestarian dan Kampus Pintar
20 September 2023 | Hebei China
Bagi merealisasikan komitmen berterusan UMPSA dalam aspek kelestarian dan kampus pintar, delegasi Lawatan Pendidikan Malaysia ke China hari ini mengadakan lawatan Ying Li Group Company Limited di Baoding, Hebei Province yang merupakan penyedia jana kuasa teknologi PV (photovoltaic) yang terkemuka di dunia.
Syarikat penaja piala dunia 2010 dan 2014 ini telah berpengalaman lebih 2 dekad dalam industri dan rangkaian pemasaran berkaitan pembuatan PV pintar, pembangunan industri loji janakuasa dan penyedia produk serta perkhidmatan berkaitan solar.
Ketibaan delegasi Malaysia yang diketuai oleh Naib Canselor UMPSA, Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin dan Timbalan Ketua Pengarah JPT, KPT En. Ahmad Rizal bin Adnan telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ying Li Group, Puan Li Dong Mei dan pihak pengurusan.
Delegasi Malaysia telah dibawa melawat ke kilang pembuatan panel solar dan kawasan sekitar bangunan Ying Li yang merupakan bangunan solar sepenuhnya serta diberi taklimat berkaitan Ying Li Group. Turut sama terlibat di dalam taklimat tersebut adalah Puan Wang Ying, Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Luar Negeri Baoding.
Menurut Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie, hasil perbincangan kedua- dua pihak bersetuju berkaitan Geran Padanan (Matching Grant) apabila pihak Ying Li Group berhasrat bekerjasama dengan UMPSA bagi mengkaji penggunaan solar panel dalam pembinaan bangunan solar di negara yang terletak di Asia Tenggara.
Katanya, delegasi Malaysia turut berpeluang mengadakan perbincangan dengan Hebei Software Institute (HSI). Turut serta di dalam perbincangan ini adalah Presiden Institute, Profesor Ma Zhifeng dan pengurusan tertinggi HSI.
Prof. Dato' Yuserrie turut berkongsi pencapaian kerjasama yang sedia terjalin dengan institusi pendidikan di China seperti Hebei University, Tianjin University dan Beijing Jiatong University (BJTU) dalam ijazah dual.
Malahan pihak HSI turut berminat untuk menghantar pensyarah mereka mengikuti pengajian peringkat PhD di UMPSA secara sepenuh masa atau remote supervision.
Selain itu, pada sebelah paginya, turut diadakan perbincangan antara dekan fakulti UMPSA dan fakulti di Hebei University (HBU). Antara yang dibincangkan adalah berkaitan pelaksanaan Global Classroom, Co- Supervisor program master, Geran Padanan Antarabangsa selain meneruskan kerjasama dalam ijazah dual yang sedia ada.

Print   Email