Previous Next

MAJLIS SUAI KENAL PELAJAR IJAZAH DUAL UMPSA-HKA BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024

6 Oktober 2023 - Sukacita telah diadakan Majlis Suai Kenal Pelajar Ijazah Dual UMPSA-HKA bagi sesi akademik 2023/2024 pada 6 Oktober 2023 di Dewan Kuliah 1, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik. Seramai 45 orang pelajar dari BHA,BHM dan BHE telah hadir mendengar taklimat berkaitan akademik dan tajaan berkaitan program kerjasama akademik UMPSA-Jerman. Sesi ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai fakulti dan juga dekan fakulti. Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah PKSA (Jaringan dan Hubungan Luar) Encik Mohamed Rafiee bagi menerangkan perjalanan program dan tajaan. Ucapan aluan Pengarah PKSA, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab juga menjadi perkara utama dalam majlis suai kenal ini. Pelajar-pelajar juga diperkenalkan kepada Professor dari HKA, yang hadir sama dalam majlis ini secara dalam talian dari Jerman iaitu Prof.-ING Dr. Robert Weiss dan Prof.-ING Dr. Maurice Kettner. 


Print   Email