TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA) MENYANTUNI 25 ORANG PELAJAR PROGRAM IJAZAH DUAL UMPSA-BJTU TAJAAN JPA BERLEPAS KE CHINA DI KLIA
Hits: 195
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA) MENYANTUNI 25 ORANG PELAJAR PROGRAM IJAZAH DUAL UMPSA-BJTU TAJAAN JPA BERLEPAS KE CHINA DI KLIA
2 Oktober 2023 | KLIA
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman telah menyantuni 25 orang pelajar program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Beijing Jiaotong University (BJTU), China tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berlepas ke China bagi melanjutkan pengajian di BJTU.
Kehadiran TNCAA telah disambut oleh Encik Mohamed Rafiee Kamarudin dan Ts Dr Lee Khai Loon, Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA).
10 orang pelajar akan mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, 7 orang pelajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan 8 orang pelajar dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Seramai 45 orang pelajar UMPSA kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi program Ijazah Dual di BJTU.
Menurut Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, “Para pelajar berkenaan akan melanjutkan pengajian bagi tempoh 2 tahun 6 bulan di BJTU peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pelajar berkenaan adalah kohort kedua bagi program Ijazah Dual UMPSA-BJTU setelah mengikuti pengajian di UMPSA. Program Ijazah Dual yang dijalankan di antara UMPSA dan BJTU adalah selari dengan keperluan sumber manusia profesional dan mahir dalam bidang Kejuruteraan Rel yang sedang berkembang dengan pesat di Malaysia. Sumber manusia yang dihasilkan kelak akan membolehkan negara menggunakan sepenuhnya tenaga kerja warganegara Malaysia dalam kejuruteraan rel terutamanya melibatkan projek East Coast Rail Link (ECRL). Sebagai salah sebuah universiti yang mengkhususkan kepada kejuruteraan rel di China maka pelaksanaan program Ijazah Dual UMPSA-BJTU adalah bertepatan dengan perancangan keperluan tenaga kerja profesional dan mahir dalam industri rel di Malaysia,” ujar beliau.
Turut hadir dalam program ini adalah Puan Idayuwati Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA, Encik Mas Aidiff Mas'out, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA, Encik Shahril Idris, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA dan Puan Hanizah Fauzi, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.
Manakala di pihak UMPSA turut hadir adalah Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Pengurus Kanan JHEAA, Ketua-Ketua Program bagi program berkenaan dari FTKA, FTKEE dan FTKMA, Eksekutif Kanan PKSA dan warga kerja PKSA.
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang