Naib Canselor Sambut Kepulangan Graduan Program Kerjasama UMPSA-Beijing Jiaotong University (BJTU)
Hits: 7
Naib Canselor Sambut Kepulangan Graduan Program Kerjasama UMPSA-Beijing Jiaotong University (BJTU)
15 Januari 2025 | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Naib Canselor, Prof Dr Yatimah Alias hari ini menyambut kepulangan graduan kumpulan pertama program kerjasama UMPSA-Beijing Jiaotong University (BJTU) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Daripada jumlah itu, seramai sepuluh orang pelajar tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, 20 orang pelajar (Kejuruteraan Mekanikal) dan 15 pelajar orang (Kejuruteraan Awam).
Naib Canselor, Prof Dr Yatimah Alias turut berpeluang menyantuni graduan serta ahli keluarga graduan yang turut sama menanti kepulangan mereka.
Menurutnya, kejayaan pelajar ini merupakan langkah signifikan ke arah melahirkan tenaga kerja mahir untuk menyokong pembangunan sektor rel di Malaysia, termasuk projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi pada tahun 2026.
Pihaknya berbangga apabila terdapat graduan yang telah ditawarkan pekerjaan termasuklah syarikat berkaitan rel seperti Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL).
UMPSA merupakan universiti pertama di Malaysia yang menawarkan program Ijazah dual yang membolehkan pelajar mengikuti pengajian selama 2 tahun di UMPSA sebelum menyambung pengajian selama 2 setengah tahun di BJTU, China dengan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, seramai 102 pelajar telah berada di BJTU bagi mengikuti program ini yang memberi penekanan kepada pembangunan kepakaran berkaitan Teknologi Rel.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman dan Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA), Prof Madya Ts Dr Lee Khai Loon.
Latest News
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang