Previous Next

PENILAIAN AKREDITASI PENUH OLEH MBOT BAGI PROGRAM SECARA PESISIR UMPSA-UMS

9 Januari 2025 I UMS
PENILAIAN AKREDITASI PENUH OLEH MBOT BAGI PROGRAM SECARA PESISIR UMPSA-UMS
Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Kerjasama Secara Pesisir (Offshore) di antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi Program Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah selesai dijalankan pada 9 Januari 2025 di Fakulti Kejuruteraan, UMS.
Program secara pesisir ini adalah program akademik yang dijalankan di pusat pembelajaran di luar kampus dengan kurikulum dan silibus program adalah sama seperti yang dijalankan di UMPSA.
Barisan panel penilai dan pegawai MBOT terdiri dari empat (4) orang dan diketuai oleh Ts. Dr. Muhammad Farid bin Daud. Manakala delegasi UMPSA seramai enam (6) orang diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Kerjasama Strategi Akademik, Ir. Ts. Dr. Nurhidayah binti Azmy, Ir. Ts. Dr. Rosmadi bin Abdullah, Ketua Program (Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Ts. Dr. Nor Khonisah binti Daud, Ketua Program (Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses.
Wakil pihak UMS yang menjayakan lawatan penilaian ini iaitu Profesor Ir. Zainal bin Zakaria (Pengarah Pusat Jaminan Kualiti), Profesor Ir. Dr. Willey Yun Hsein, (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakukti Kejuruteraan), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Kamaruddin bi Abd Hamid (Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Fakulti Kejuruteraan).

Print   Email