Previous Next

PERBINCANGAN PEMETAAN PROGRAM INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) TAN SRI YAHAYA AHMAD (TSYA), PEKAN DENGAN PROGRAM IJAZAH UMPSA

27 Ogos 2024 - IKM TSYA, Pekan
 
PERBINCANGAN PEMETAAN PROGRAM INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) TAN SRI YAHAYA AHMAD (TSYA), PEKAN DENGAN PROGRAM IJAZAH UMPSA
 
Telah berlangsung satu sesi perbincangan di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali, Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad (IKM TSYA) Pekan, yang melibatkan kerjasama antara UMPSA IKM TSYA.
 
Delegasi UMPSA diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Kamal bin Yusoh, Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik, turut bersama ialah Ts. Dr. Lee Khai Loon, Timbalan Pengarah, Pusat Kerjasama Strategik Akademik, turut serta dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik ialah Ts. Dr. Muhammed Nafis bin Osman Zahid, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Dr. Musfirah binti Abdul Hadi, Ketua Program Teknologi Pembuatan (BTM), Ts. Dr. Radhiyah binti Abd Aziz, Ketua Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri), Dr. Munira binti Mohd Ali, Ketua Program Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri Dengan Kepujian dan Dr. Ahmad Najmuddin bin Ibrahim, Ketua Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (Robotik).
 
Delegasi UMPSA telah disambut baik oleh Encik Marzuki bin Mahamad Radzi, Pengarah, IKM TSYA, Pekan. Turut hadir Encik Zainal Abidin bin Alimi, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik), Encik Jasmi bin Marzuki Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan & Hal Pelajar), Ir. Ts. Mahadi bin Hassan Ketua Jabatan Elektrik, Encik Fazirul Akbar bin Mohd Radzi Ketua Program Diploma Teknologi Mekatronik (Sistem Kawalan), Encik Mohamad Razief bin Salleh Pensyarah Program DGK, Encik Mohamad Khairudin bin Hassan Ketua Program Diploma Teknologi Pembuatan DGN, Encik Mohamed Rosdi bin Dol Pensyarah Program DGK, Encik Mohammad Izra bin Ismail Pensyarah Program DGN, Encik Rusdi bin Muhammad Pensyarah Program DGN, Puan Siti Noorrizkiah binti Ahmad Ketua Jabatan Pengajian AM dan Puan Mariam binti Mohamad Pegawai Kaunseling & Kerjaya.
 
Sesi artikulasi antara IKM TSYA dan UMPSA membincangkan pelbagai aspek termasuk jadual akademik, pemetaan kurikulum, dan keperluan proses rasmi. UMPSA mencadangkan langkah-langkah awal untuk memastikan keberkesanan pemetaan dan menawarkan bantuan secara langsung di IKM TSYA. Isu-isu berkaitan pelajar dan sasaran kemasukan turut dibincangkan. Mesyuarat ini menekankan pentingnya kolaborasi antara IKM TSYA dan UMPSA untuk memastikan integrasi yang lancar dalam pemetaan dan pemindahan kredit. Perbincangan ini diharap akan membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan dalam usaha memajukan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.
.

Print   Email