Previous Next

PUSAT KERJASAMA STRATEGIK AKADEMIK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA EXCO PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR

28 Ogos 2024 - Johor Bahru
.
PUSAT KERJASAMA STRATEGIK AKADEMIK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA EXCO PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR
.
Johor bahru, satu kunjungan hormat kepada Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Aznan Tamin telah diadakan di pejabat beliau di Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri. Wakil dari UMPSA ialah Prof Ts Dr Mohd Ruzami bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik, En Zainal bin Bahari, Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik dan En Abd Rahman bin Hj Safie, Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Stretegik Akademik. Turut hadir dalam perbincangan ialah Pengurus Penajaan dan Biasiswa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Tuan Haji Saharuddin Manas.
.
Tujuan kunjungan hormat adalah untuk membincangkan kerjasama antara UMPSA dan Kerajaan Negeri Johor bagi menaja pelajar-pelajar cemerlang dari Negeri Johor mengikuti pengajian Ijazah Dual di UMPSA. Selain itu juga, dibincangkan beberapa kerjasama dengan Yayasan Pelajaran Johor seperti bantuan pendidikan yang telah ada di YPJ dan kerjasama untuk menggalakkan lebih ramai pelajar sekolah di negeri Johor mengikuti program kejuruteraan di universiti awam selaras dengan perkembangan pembangunan negeri Johor yang semakin pesat berkembang di negara ini. Kerajaan negeri Johor memerlukan lebih ramai tenaga mahir untuk mengisi banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang ada di negeri Johor. Ini termasuk pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) yang bakal dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang.
.

Print   Email